Translate

Friday, January 4, 2019

Kerajaan negeri Terengganu tuntut royalti minyak RM250 juta

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menggesa kerajaan Persekutuan agar segera melunaskan baki pembayaran royalti petroleum dianggarkan berjumlah RM250 juta.

Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  kerajaan negeri masih belum menerima baki pembayaran royalti petroleum daripada kerajaan Persekutuan yang kini diterajui Pakatan Harapan walaupun tahun 2018 bakal berakhir esok.

Beliau berkata, kerajaan negeri Terengganu telah menerima royalti petroleum berjumlah RM450 juta menerusi tiga kali pembayaran sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei lalu.

"Kerajaan negeri Terengganu masih belum menerima apa-apa pembayaran royalti petroleum selepas PRU-14. Walaupun tidak mengetahui amaun sebenar,  baki yang masih tertunggal dianggarkan RM250 juta secara pengiraan kasar.

"Royalti petroleum ini atau wang ehsan atau apa pun namanya, ia merupakan hak rakyat Terengganu berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani antara kerajaan negeri, Petronas (Petroliam Nasional Berhad) dan kerajaan Persekutuan sejak tahun 1974," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Malam Penghargaan Media Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad  (EPIC) di sini semalam. - K! ONLINE


No comments:

Post a Comment