Translate

Sunday, June 12, 2022

Tukang cat maut dalam perjalanan membeli makan malam

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang tukang cat maut selepas motosikal Yamaha Y15ZR dinaikinya hilang kawalan lalu terjatuh di Jalan Kuala Berang-Manir berhampiran Kampung Teluk Menara, Manir di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, mangsa, Mohd. Farid Kasim, 46, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, mangsa, Mohd. Farid Kasim, 46, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha Y15ZR yang dinaikinya tiba-tiba hilang kawalan lalu menyebabkan mangsa terjatuh.

“Mangsa kemudiannya terseret sejauh kira-kira 20 meter sebelum badannya dihempap motosikal dinaikinya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment