Translate

Wednesday, June 15, 2022

Maut ketika mahu beli makan malam untuk isteri hamil

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang tukang cat mahu membeli makanan untuk isteri yang sedang hamil tidak kesampaian selepas dia maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Berang-Manir berhampiran Kampung Teluk Menara, Manir di sini kelmarin. 

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, mangsa, Mohd. Farid Kasim, 46, yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, semasa kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya.

 “Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang tiba-tiba hilang kawalan lalu menyebabkan mangsa terjatuh. 

“Mangsa kemudiannya terseret sejauh kira-kira 20 meter sebelum badannya dihempap motosikal dinaiki,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

Katanya, muka Mohd. Farid telah tersembam ke atas jalan menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.

 Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk dibedah siasat. 

Sementara itu, isteri mangsa yang difahamkan sedang hamil tiga bulan enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kehilangan suaminya,

No comments:

Post a Comment