Translate

Monday, June 27, 2022

Bazar Ramadan, Aidilfitri jana jualan RM2.4 bilion

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini terbukti lubuk rezeki bagi peniaga apabila berjaya menjana jualan keseluruhan RM2.4 bilion.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kedua-dua bazar terbabit juga berjaya mencipta 156,361 peluang pekerjaan.

Beliau berkata, berdasarkan Laporan Kajian Khas Bazar Ramadan dan Aidilfitri 2022, Selangor menjana nilai jualan tertinggi iaitu RM0.6 bilion diikuti Kuala Lumpur (RM0.4 bilion) dan Johor (RM0.3 bilion).

“Ketiga-tiga negeri ini menyumbang 55.5 peratus kepada nilai jualan keseluruhan bagi kedua-dua bazar berkenaan.

“Bagi peringkat daerah pula, Petaling mencatatkan nilai jualan tertinggi dengan RM230.2 juta diikuti Johor Bahru (RM126.3 juta) dan Hulu Langat (RM117.9 juta),” katanya pada Siri Jelajah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) peringkat Terengganu di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment