Translate

Sunday, June 26, 2022

Nelayan Vietnam agresif cuba rosakkan enjin bot

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan dua bot nelayan Vietnam yang sedang leka menangkap ikan secara di perairan Terengganu kelmarin.

Kedua-kedua bot ditahan pada kedudukan kira-kira 128 batu nautika dari muara Sungai Terengganu masing-masing pada pukul 3.20 petang dan 3.40 petang.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Saufi Mohd. Ramli berkata, operasi penguatkuasaan tersebut turut berjaya menahan 20 nelayan warga Vietnam berusia 18 hingga 54 tahun.

“Sebahagian mereka bertindak agresif dengan cuba merosakkan enjin bot masing-masing berjaya digagalkan anggota penguat kuasa APMM.

“Tindakan mahu merosakkan enjin bot itu merupakan sabotaj bagi melambat-lambatkan proses menunda bot berkenaan ke jeti maritim,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Saufi berkata, pemeriksaan di dalam kedua-dua bot menjumpai hasil laut seberat empat tan dan minyak diesel 1,000 liter.

Tambah beliau, hasil laut, minyak diesel, dua bot dan peralatan menangkap ikan bernilai hampir RM3 juta telah dirampas.

“Pemeriksaan juga mendapati kesemua nelayan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

“Dua bot tersebut turut tiada kebenaran untuk menangkap ikan di perairan negara daripada Jabatan Perikanan,” katanya. KOSMO! ONLINE



No comments:

Post a Comment