Translate

Saturday, June 4, 2022

e-Beca dikuasa tenaga solar diperkenal di Kuala Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Perkhidmatan beca tradisional di bandar raya ini telah diinovasi dengan penggunaan beca elektrik (e-Beca) yang dikuasakan dengan tenaga solar.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Amzad Hashim berkata, perkenalan e-Beca merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi membantu meremajakan semula perkhidmatan beca di bandar raya ini.

Beliau berkata, e-Beca tersebut dibangunkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) dengan pembiayaan oleh SME Corp.

“e-Beca yang dibangunkan tersebut dilengkapi teknologi boleh dicas menggunakan tenaga solar dan boleh digerakkan dengan kelajuan 30 kilometer sejam.

“Ia juga dilengkapi paparan skrin diod pemancar cahaya (LED) bagi penyampaian maklumat dan promosi serta sistem audio menarik,” katanya ketika melancarkan e-Beca tersebut di Dataran Shahbandar di sini hari ini.

Amzad berkata, penggunaan e-Beca bukan sahaja meringankan kudrat pengayuh kenderaan tersebut malah mampu memendekkan masa perjalanan sehingga 15 minit.

Beliau berharap pengenalan e-Beca yang berteknologi tinggi, mesra pengguna dan bercirikan norma baharu tersebut bukan sahaja memanfaatkan pengayuh beca sedia ada malah dapat menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang berkenaan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment