Translate

Friday, June 17, 2022

Projek pemuliharaan Pantai Mengabang Telipot bermula tahun ini

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Projek pembinaan pemecah ombak bagi mengurangkan ancaman hakisan teruk melanda Pantai Mengabang Telipot di sini bakal bermula selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, projek yang menelan belanja kira-kira RM90 juta tersebut dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan, Pantai Mengabang Telipot sepanjang enam kilometer telah terancam teruk dengan hakisan sehingga menjejaskan banyak kawasan pelancongan, premis perniagaan dan kediaman penduduk di kawasan itu.

“Tender Projek pemuliharaan Pantai Mengabang Telipot akan dikeluarkan tidak lama lagi sebelum kerja-kerja pembinaannya bermula pada tahun ini juga.

“Ia akan menggunakan model sama yang telah digunakan bagi Pantai Kampung Tengah bersebelahan,” katanya selepas melakukan tinjauan di kedua-dua pantai tersebut di sini hari ini.

Ismail berkata, sebelum ini sebanyak lima pemecah ombak telah dibina di Pantai Kampung Tengah dengan kos RM70 juta dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2019.

Jelas beliau, berdasarkan maklum balas penduduk tempatan terutama golongan nelayan, pembinaan pemecah ombak sejak tiga tahun lalu telah berjaya meminimumkan ancaman hakisan di Pantai Kampung Tengah. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment