Translate

Monday, June 20, 2022

Bot nelayan Vietnam ceroboh perairan negara dimusnah APMM

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Sebuah bot nelayan Vietnam yang disita kerana menceroboh perairan negara untuk mencandat sotong pada tahun lalu telah dimusnahkan oleh Maritim Malaysia (APMM) hari ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, bot nelayan asing tersebut telah diperintah untuk dilucut hak oleh mahkamah baru-baru ini.

“Bot itu telah ditahan bersama enam nelayan Vietnam yang sedang mencandat sotong pada kedudukan 112 batu nautika dari Kuala Terengganu pada 3 April tahun lalu.

“Kesemua suspek telah dijatuhi hukuman penjara antara lima hingga tujuh bulan setelah mereka gagal melunaskan denda keseluruhan sebanyak RM2.1 juta yang diperintah mahkamah baru-baru ini,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, pelupusan bot tersebut dengan menghancurkannya dilakukan kerana ia tidak tidak sesuai dijadikan turun tiruan berikutan kerosakan teruk yang dialami. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment