Translate

Monday, June 6, 2022

RM5.034 bilion diperuntuk untuk projek pembangunan sekolah

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Kerajaan memberi fokus terhadap kepentingan pendidikan dengan memperuntukkan RM5.034 bilion bagi projek pembangunan sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan tersebut diluluskan di bawah Rolling Plan 2 Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Bagi Terengganu, terdapat 79 projek baharu dan sambungan bagi pembangunan sekolah serta institusi pendidikan dengan kos keseluruhan RM914.79 juta.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 42 projek telah siap sepenuhnya, 18 projek di peringkat pelaksanaan atau pembinaan dan 19 projek berstatus pra bina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup Program Aspirasi Jelajah Keluarga Malaysia peringkat Terengganu di sini hari ini.

Terengganu merupakan negeri keempat dikunjungi oleh Program Aspirasi Jelajah Keluarga Malaysia selepas Johor, Perlis dan Sabah.

Seramai kira-kira 20,000 pengunjung menghadirinya sepanjang tiga hari penganjurannya bermula Khamis lalu dengan nilai jualan termasuk Program Jualan Keluarga Malaysia sebanyak lebih RM4 juta. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment