Translate

Thursday, June 16, 2022

SPM 2021: Terengganu catat GPN 4.72

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Terengganu mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.72 bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan hari ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Abdul Muie Ngah berkata, pencapaian itu mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) 4.86 di peringkat kebangsaan.

“Lapan sekolah di seluruh negeri ini cemerlang dengan semua calonnya lulus dalam semua mata pelajaran dengan Sekolah Sains Kuala Terengganu (Sester) mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik iaitu 1.40.

“Seramai tujuh calon memperolehi keputusan cemerlang semua A+ iaitu peningkatan  empat calon berbanding tahun lalu,” katanya ketika pengumuman keputusan SPM 2021 peringkat Terengganu di Sester di sini hari ini.

Abdul Muie berkata, seramai 321 calon atau 1.93 peratus pula memperolehi keputusan semua A dalam mata pelajaran diambil.

Tambah beliau, seramai 9,674 daripada 16,627 calon Terengganu yang menduduki peperiksaan SPM 2021 lulus semua mata pelajaran diambil.

No comments:

Post a Comment