Translate

Monday, June 20, 2022

Mangsa Pelaburan Hari Raya rugi RM4j

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu mengesan kegiatan penipuan pelaburan online dikenali sebagai Pelaburan Hari Raya melibatkan 297 mangsa dan kerugian lebih RM4 juta. 

Pelaburan yang disyaki didalangi seorang wanita dikenali sebagai ‘Datin Ida’ dipercayai bermula pada akhir bulan Ramadan lalu sebelum terbongkar apabila salah seorang mangsa membuat aduan polis beberapa hari lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Komer sial Terengganu, Superinten dan M. Zambri Mahmud berkata, pengadu yang merupakan seorang peniaga wanita berusia 31 tahun mendakwa telah dijanji kan penganjur pelaburan itu dengan keuntungan hampir dua kali ganda. 

“Mangsa mendakwa dia dijanjikan pulangan RM55,000 dalam tempoh tiga hari bagi setiap pelaburan berjumlah RM30,000. 

“Dia yang teruja telah buat pelaburan RM100,000 kira-kira seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya di sini semalam. 

M. Zambri berkata, peniaga wanita terbabit kemudiannya berkongsi maklumat Pelaburan Hari Raya berkenaan dengan kenalan-kenalannya menerusi kumpulan WhatsApp. 

Tambah beliau, pelaburan itu mendapat sambutan sangat luar biasa apabila berjaya menarik minat 296 kenalan peniaga wanita berkenaan sekali gus berjaya mengumpul pelaburan keseluruhan kira-kira RM4 juta. 

“Dia kemudiannya menyerahkan kesemua wang terkumpul kononnya untuk pelaburan itu kepada ‘Datin Ida’ menerusi akaun bank yang diarahkan. 

“Mangsa mengaku ‘Datin Ida’ telah memberi bonus RM190,000 atas kejayaan mengumpul ‘downline’ (ahli baharu) yang luar biasa pada masa singkat,” katanya. 

M. Zambri berkata, begitu pun, peniaga wanita tersebut merasa dirinya tertipu selepas masih belum mendapat pulangan pelaburan dijanjikan sehingga hari ini. Kes disiasat mengikut

No comments:

Post a Comment