Translate

Wednesday, June 22, 2022

Gelang tangan bebola biji sawi jadi pilihan, penyeri Aidilfitri

KUALA TERENGGANU – Gelang tangan bebola biji sawi yang merupakan antara rekaan baharu menjadi ‘kegilaan’ peminat emas pada Hari Raya Aidilfitri ini. Kebanyakan pelanggan terutama dari luar Pantai Timur memilih gelang tangan bebola biji sawi kerana coraknya yang minimalis, namun tetap elegan. 

 Salah seorang pengusaha emas, Zakaria Yusoff berkata, berdasarkan maklum balas, gelang tangan bebola biji sawi digemari wanita moden yang kurang gemar memakai barangan kemas sarat. 

“Mereka tidak mementingkan emas sebagai pelaburan jangka panjang cuma perhiasan yang mahu digayakan pada Hari Raya Aidilfitri dan rumah terbuka,” katanya kepada Kosmo!. 

Zakaria berkata, rekaannya yang memukau membuatkan ramai pelanggan wanita membeli dua pasang gelang tangan bebola biji sawi untuk dipakai bersama anak perempuan kecil mereka pada hari lebaran.

 Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu Cawangan Kuala Terengganu berkata, rekaan gelang tangan yang comel menyebabkan ia juga sesuai dipakai oleh kanak-kanak. 

“Harga gelang tangan bebola biji sawi diperbuat daripada emas 916 itu berpatutan antara RM500 hingga RM3,000 mengikut berat dan upahnya,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Zakaria tidak menolak faktor pengeluaran khas wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menjadi pemangkin kepada peningkatan permintaan terhadap emas pada masa ini. 

“Sebelum ini, kedai emas agak sepi berikutan harga emas yang agak mahal iaitu RM252 segram.

 “Begitupun semuanya berubah apabila orang ramai mulai memiliki lebih wang dan kuasa beli ekoran pengeluaran khas wang KWSP tersebut,” katanya

No comments:

Post a Comment