Translate

Tuesday, June 14, 2022

Pemandu bas direman cabul penumpang wanita

 

KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang lelaki mencabul penumpang wanita yang tertidur di dalam bas mengundang padah apabila dia direman selama empat hari bermula semalam dalam kejadian di Ajil, Hulu Terengganu kelmarin.

 Suspek berusia 27 tahun yang juga pemandu bas berkenaan direman sehingga Khamis ini. 

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sebelum ini suspek yang merupakan bapa kepada dua anak dibawa dari Melaka sebaik ditahan di Stesen Bas Melaka Sentral kelmarin. 

“Dia disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. 

Kelmarin Kosmo! melaporkan seorang pemandu bas ditahan di Stesen Bas Melaka Sentral selepas disyaki mencabul seorang penumpang wanita ketika dalam perjalanan dari Kelantan ke negeri tersebut.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Lim Meng Seah dipetik sebagai berkata, suspek ditahan sebaik sahaja kenderaan yang dipandunya tiba di terminal tersebut pada pukul 10.30 pagi.

 “Mangsa (mendakwa) dicabul ketika bas itu berhenti di Ajil, Terengganu pada pukul 4 pagi. Sewaktu kejadian wanita itu sedang tidur sebelum terjaga selepas badannya disentuh,” katanya. 

Terdahulu, mangsa yang ketakutan menangis sepanjang perjalanan telah memaklumkan insiden cabul menimpanya kepada salah seorang rakan.

No comments:

Post a Comment