Translate

Saturday, June 11, 2022

Kerajaan negeri, MCMC kerjasama kes tipu inap desa

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi membanteras aktiviti penipuan inap desa tidak wujud yang dikesan menular di negeri ini baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pihaknya memandang serius kes penipuan dilakukan secara online tersebut.

Gejala itu dikhuatiri boleh menjejaskan industri pelancongan yang sedang berkembang di negeri ini sekiranya tidak dibanteras.

“Kes penipuan ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbngan dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke Terengganu.

“Sehubungan itu, kita berbincang dengan MCMC untuk mengatasinya dengan mengenal pasti aplikasi dan saluran media sosial mencurigakan untuk disekat,” katanya ketika ditemui di Kampung Budaya Terengganu di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang pelancong dari Negeri Sembilan mendakwa kerugian RM221.50 setelah inap desa di Jalan Pasir Panjang di sini yang ditempah secara online rupa-rupanya tidak wujud.

Bertindak atas maklumat, polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai dalang penipuan terbabit di Dungun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Ariffin menasihatkan pelancong yang mengunjungi Terengganu agar berhati-hati sewaktu membuat tempahan tempat penginapan terutama inap desa. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment