Translate

Thursday, June 23, 2022

Banjir termenung Tasik Kenyir selesai bulan depan

HULU TERENGGANU – Masalah banjir termenung menenggelami sebahagian Jeti Pengkalan Gawi yang merupakan akses utama ke Tasik Kenyir dijangka selesai dalam tempoh sebulan.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan paras air tasik buatan terbesar Asia Tenggara itu akan surut secara berperingkat mulai bulan depan.

  “TNB sebagai operator Empangan Kenyir memaklumkan kerja-kerja pelepasan air tasik ke Sungai Terengganu boleh dilakukan bermula bulan Jun.

 “Menurutnya, sebelum ini, ia tidak dapat dilakukan kerana sebahagian alat penyedutan air di empangan terbabit mengalami kerosakan akibat banjir luar biasa pada hujung Februari lalu,” katanya di sini semalam. 

Tengku Ahmad Nadzri berkata, sebagai penyelesaian jangka pendek, Ketengah telah membina jeti sementara berhampiran Pengkalan Gawi. 

Jelas beliau, penyediaan jeti baharu tersebut memberi keselesaan kepada pengunjung untuk menaiki rumah bot dan bot laju secara selamat. 

“Biarpun jeti utama tenggelam, ia tidak menjejaskan pelancong ke Tasik Kenyir walaupun pada bulan Ramadan dan awal bulan Syawal. 

“Berdasarkan data semasa, seramai kira-kira 5,000 pelancong telah mengunjungi tasik bebas cukai ini dalam tempoh tersebut,” ujarnya. 

Kosmo! 10 Mei lalu melaporkan lebih 200 pengusaha rumah bot dan bot laju Tasik Kenyir dilema setelah jeti pendaratan pelancong di Pengkalan Gawi di sini masih ditenggelami banjir termenung sejak lebih dua bulan lalu.

No comments:

Post a Comment