Translate

Thursday, June 9, 2022

Hanya 20.2 peratus terlibat PICKids di Terengganu

SETIU – Hanya sejumlah 36,079 atau 20.2 peratus kanak-kanak di Terengganu terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang berakhir kelmarin. 

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, seramai 18,471 kanak-kanak terbabit telah lengkap dua dos vaksinasi. 

“Ia meliputi 10.3 peratus keseluruhan kanak-kanak di seluruh Terengganu. Baki 9.9 peratus kanak-kanak lain yang turut serta dalam PICKids pula baru menerima satu dos vaksin Covid-19. 

“Saya akui secara keseluruhan pencapaian PICKids di Terengganu agak tertinggalan berbanding negeri-negeri lain,” katanya. 

Terdahulu beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Kebersihan Tangan peringkat Terengganu di Hospital Setiu, di sini semalam. 

Dr. Kasemani berkata, walaupun PICKids sudah berakhir kelmarin, kanak-kanak yang membatalkan janji temu sebelum ini kerana kurang sihat atau dijangkiti Covid-19 masih boleh mendapatkan vaksinasi secara percuma di klinik kerajaan terdekat. 

Tambah beliau, kanak-kanak yang baru mencapai usia lima tahun juga layak menerima vaksin Covid-19 secara percuma sehingga Januari 2023. 

“Bagi ibu bapa kanak-kanak lain yang tidak pernah mendaftar dengan PICKids pula, mereka perlu ke klinik swasta sekiranya masih berminat untuk mendapatkan vaksin Covid-19 untuk anak masing-masing,” katanya

No comments:

Post a Comment