Translate

Friday, June 17, 2022

Keluarga pengait kelapa sawit terima RM800 sebulan

HULU TERENGGANU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM800 kepada keluarga Mohd. Shahrizal Mamat yang memerlukan kos besar untuk menyara keluargannya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib pengait kelapa sawit itu diuji dengan isteri yang menghidap penyakit misteri, manakala anak bongsunya pula merupakan orang kelainan upaya kategori cerebral palsy. 

“Bantuan bulanan JKM itu berupa bantuan am berjumlah RM300 dan bantuan menjaga anak OKU sebanyak RM500. “Keluarga tersebut mula menerima bantuan JKM berkenaan pada Mei (ini),” katanya di sini baru-baru ini. 

Maliaman berkata, sebelum ini Pejabat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil pernah menghulurkan sumbangan kerusi roda untuk kegunaan anak bongsu Mohd. Shahrizal iaitu Nurmyra Mykaela. 

Tambah beliau, kanak-kanak istimewa itu juga menerima bantuan lampin pakai buang selama tiga bulan sehingga Disember tahun lalu menerusi Tabung Darul Iman.

 Kosmo! pada 14 April lalu melaporkan Mohd. Shahrizal, 34, terpaksa mengambil alih tugas menguruskan rumah tangga setelah isterinya, Nor Haszalita Mohd. Hashim, 35, tiba-tiba menjadi lemah hingga sukar berdiri dan berjalan sejak September tahun lalu. 

Tumpuan menjaga Nor Haszalita dan Nurmyra Mykaela menyukarkan dia keluar bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit sehingga menjejaskan pendapatan.

No comments:

Post a Comment