Translate

Sunday, June 12, 2022

Jangkitan HFMD di Terengganu meningkat 783 kes

HULU TERENGGANU – Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Terengganu mencatatkan peningkatan ketara kepada 783 kes sejak awal tahun tahun ini. 

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, ia merupakan kenaikan mendadak berbanding cuma 95 kes sama yang dicatatkan di seluruh negeri ini dalam tempoh sama tahun lalu. 

“Rata-rata kes HFMD yang melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah itu berlaku di taska dan tadika. “Setakat ini, sebanyak 19 taska dan tadika di seluruh Terengganu telah terkesan dengan wabak ini sejak awal tahun ini,” katanya selepas merasmikan program Gerak Gempur Cakna Ubat di sini semalam.

 Ujarnya, lima taska dan tadika terbabit terletak di Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman. 

Sehubungan itu, beliau menggesa pengendali taska dan tadika serta ibu bapa mengambil cakna dan menekankan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran HFMD dalam kalangan kanak-kanak. 

“Kita agak leka disebabkan HFMD kurang diperkatakan sepanjang tempoh pandemik. 

“Ibu bapa tidak sepatutnya menghantar anak mereka yang bergejala (HFMD), manakala pengendali taska pula berhak menolak,” katanya. 

Kasemani berkata, pengusaha taska dan tadika juga perlu melakukan sanitasi premis dan barang permainan dengan kerap.

 Ujar beliau, ia bertujuan bagi memastikan virus HFMD tidak berada di dalam persekitaran premis berkenaan.

No comments:

Post a Comment