Translate

Saturday, June 25, 2022

Pegawai farmasi Hospital Setiu maut kemalangan

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Seorang pegawai farmasi Hospital Setiu maut manakala dua anaknya cedera ringan dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Sungai Tarom di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 7.15 malam itu, Nurul Atiqah Awang Lah, 36, cedera parah di beberapa anggota badan manakala dua anaknya, Tengku Daim Hadi Tengku Amirul Kamal, 6, dan Tengku Zaim Zuhdi Tengku Amirul Kamal, 9, pula cedera ringan.

Wanita yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan tersebut meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Setiu di sini pada pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, sewaktu kejadian, Nurul Atiqah dan dua anaknya dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuarters Hospital Setiu dari Permaisuri di sini.

Beliau berkata, kereta Proton Myvi dipandu wanita tersebut dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sehingga merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna, Perodua Alza.

“Sewaktu kejadian, kenderaan Perodua Alza yang dipandu pembantu tadbir lelaki berusia 43 tahun itu sedang berada di persimpangan tiga Sungai Tarom di sini.

“Sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun yang berada di belakang kereta Perodua Myvi terkejut dengan kemalangan itu lalu turut gagal mengawal kenderaannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment