Translate

Tuesday, June 21, 2022

Pemuda UMNO sumbang kerusi roda buat Mohd. Nor

HULU TERENGGANU – Kesukaran seorang pembuat jebak atau sangkar perangkap burung untuk bergerak selepas menjalani pembedahan membuang dua jari kakinya akibat diabetes sedikit reda apabila dia menerima sumbangan kerusi roda baru-baru ini. 

Mohd. Nor Aziz, 45, bersyukur apabila menerima sumbangan itu yang disampaikan oleh Ketua Pemuda daripada UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera. 

Menurut Tengku Haphiz, kerusi roda itu bertujuan memudahkan urusan harian Mohd. Nor sementara menunggu proses penyembuhan sepenuhnya. 

“Kami difahamkan penyakit itu telah menjejaskan perusahaan jebak yang menjadi mata pencarian mereka,” katanya ketika menziarahi Mohd. Nor di Kampung Pantai Ali di sini. 

Sementara itu, isteri Mohd. Nor, Nor Afida Akma Mohamad, 43, berkata, buat masa ini, dia mengambil alih tanggungjawab suaminya menyiapkan jebak. 

Pada 23 Mac lalu, Kosmo! melaporkan Nor Afida Akma bagaikan disentap semangatnya apabila suaminya yang menjadi tempat bergantung tiba-tiba terlantar sakit. 

No comments:

Post a Comment