Translate

Tuesday, August 31, 2021

Tukang gunting maut tak sempat sambut zuriat sulung

KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang tukang gunting untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian selepas dia maut dalam kemalangan mem babitkan tiga buah motosikal di Jalan Kota Bahru berhampiran Kampung Kubang Jela, Manir di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.15 malam itu, mangsa, Khairino Fahmie Khairul Anuar Bashah, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Kakak ipar mangsa, Nurul Husna Abu Bakar, 23, berkata, se masa kejadian, arwah dalam per jalanan pulang ke rumahnya di Teluk Menara, Manir dari tempat kerjanya di Seberang Takir, Kuala Nerus.

Menurut wanita itu, isteri arwah, Atikah, 20, kini sarat mengandung dan menanti masa un tuk melahirkan anak sulung.

"Mereka kelihatan begitu teruja untuk menyambut zuriat pertama selepas hampir tiga ta hun mendirikan rumah tangga," katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian kelmarin.

Cerita Nurul Husna, arwah Khairino Fahmie kelihatan kurang bersemangat untuk ke tempat bekerja kelmarin kerana bimbang dengan keadaan isterinya.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda Spacy yang ditunggang Khairino Fahmie dari arah Batu Enam, Kuala Nerus bergesel dengan sebuah motosikal yang ditunggang remaja berusia 19 tahun. Semasa kejadian, remaja dariKampung Kubang Jela itu mahu

menyeberang jalan untuk membuang sampah.

Akibat pelanggaran itu, Khairino Fahmie tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar pula sebuah motosikal lain jenis Benelli RFS yang ditunggang le laki berusia dalam lingkungan 30-an dari arah Durian Burung di sini.

Khairino Fahmie maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi mangsa cedera ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Mad Din mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat Khairino Fahmie dihantar ke Unit Fo rensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat dan mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Sek syen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments:

Post a Comment