Translate

Tuesday, August 10, 2021

KoSahabat sasar hasilkan satu juta ayam pedaging

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Koperasi Permodalan Sahabat (KoSahabat) menyasar untuk mengeluarkan satu juta ayam pedaging bagi setiap pusi­ngan di ladang penternakannya di Telaga Papan di sini dalam tempoh lima tahun.

Pengerusi Kosabahat, Prof. Madya Dr. Fakhrul Anwar Zainol berkata, unjuran itu sejajar de­ngan matlamat koperasi yang dianggotai pelajar dan alumni Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menjadi antara pemain penting pengeluar ayam pedaging di Terengganu.

“Buat masa ini, ladang ayam KoSahabat mampu mengeluarkan 33,000 ekor ayam pedaging bagi setiap pusingan selama 35 hari.

“Pengeluaran itu bakal di­tingkatkan kepada 200,000 ekor ayam bagi setiap pusingan menjelang hujung tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu taklimat kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pemba­ngunan Luar Bandar Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berhubung projek ternakan ayam pedaging berkenaan.

Turut hadir Ketua Sektor Unggas KoSabahat, Muhammad Nursyahidin Abu Hasan.


Fakrul Anwar menjelaskan, ladang ayam KoSahabat yang di­usahakan di tanah milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu seluas 2.03 hektar itu mampu mengeluarkan ayam pedaging sebanyak enam pusingan setiap tahun.

Tambah beliau, penternakan ayam pedaging yang diusahakan oleh koperasi tersebut berkonsepkan reban tertutup mesra alam.

“Ladang ayam KoSahabat juga diuruskan dengan penggunaan Internet of Things (IoT) dengan penggunaan air terawat yang mampu menghasilkan ayam pe­daging seberat sekurang-kurangnya 2.3 kilogram bagi setiap ekor.

“Projek pembesaran ladang ayam KoSahabat memerlukan tambahan tapak reban sebesar 5.67 hektar dan mendapat kerjasama baik kerajaan negeri,”

Selain itu, beliau menerangkan, sektor penternakan ayam pedaging berpotensi tinggi di Terengganu kerana dianggarkan 70 peratus permintaan ayam kini dibekalkan penternak Pahang, Johor, Kelantan dan Perak.

“Berdasarkan maklumat syarikat pembekalan ayam pedaging, Chareon Pokphand Group, satu juta ekor ayam pedaging diperlukan setiap bulan bagi memenuhi permintaan pengguna tempatan,” katanya.

2 comments:

  1. Asslamualaikum wbt.
    Tuan ada contact En. Muhammad Nursyahidin Abu Hasan tak?
    Saya berminat nak bekerjasama dengan beliau.

    ReplyDelete