Translate

Sunday, August 22, 2021

Rakyat boleh tunai umrah akhir tahun ini

 Oleh MOHD.AZLI ADLAN

MARANG - Umat Islam di negara ini dijangka dapat menunaikan umrah di Tanah Suci selewat lewatnya pada hujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkafli Mo hamad Al-Bakri berkata, perkara itu dijangka dapat direalisasikan dua bulan lagi sekiranya kadar vaksinasi meningkat dan kes Jangkitan Covid-19 reda.

"Kita berharap isu berkaitan penyebaran Covid-19 ini dapat diredakan dengan sebaik mung kin, pada masa sama vaksinas dapat dipertingkatkan lagi.

"Kalau hal ini dapat diselesaikan dengan baik, insya-Allah rakyat Malaysia dapat mengun jungi rumah Allah dalam tahun ini," katanya ketika ditemui se- lepas memantau pembinaan Madrasah Darul Quran, Rusila di sini semalam.

Zulkifli berkata, kebenaran umat Islam di negara ini untuk menunaikan umrah bagaimana pun masih bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Tambah beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini, kebenaran itu bergantung kepada situasl Covid-19 di negara ini dan negara yang hendak dikunjung iaitu Arab Saudi.

Kosmo! semalam melaporkan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussein Saed Qat tan mengesahkan Malaysia tersenarai antara 49 buah negara yang diberikan kelulusan bagi tujuan pelancongan termasuk umrah bermula 1 Ogos lalu Mengulas lanjut, Zulkifli memberitahu, walaupun kes jangkitan Covid-19 masih tinggi di negara ini, Malaysia diberi kepercayaan oleh Arab Saudi bagi tujuan pelancongan disebabkan kadar vaksinasi yang pantas 

Tambah beliau ia turut disokong dengan keberkesanan vaksin yang memperlihatkan 981 peratus kra berada dalam kategori satu dan dua selain kadar sembuh sebanyak 81.37 peratus yang direkodkan di negara ini.

Pada 27 Julai lalu, Saudi Gazette melaporkan 500 buah syarikat perkhidmatan umrah dan lebih 6,000 ejen umrah asing bersiap sedia untuk menerima jemaah antarabangsa yang sudah lengkap divaksin bermula pada 9 Ogos ini.

Permohonan visa bagaimana pun hanya boleh dilakukan bagi yang sudah melengkapkan dos.

No comments:

Post a Comment