Translate

Tuesday, August 31, 2021

Kuala Terengganu, Kuala Nerus kembali hadapi gangguan bekalan air

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Tidak sampai 10 hari selepas krisis air yang melanda daerah ini dan Kuala Nerus selesai, seramai 27,800 keluarga di kedua-dua daerah berkenaan berkemungkinan besar mengalami semula masalah gangguan air.

Bekalan air di dua daerah terbabit terjejas selepas operasi tidak stabil pada jajaran paip di bawah dasar Sungai Terengganu dikesan pada awal pagi ini.

Berdasarkan kenyataan Syarikat Air Terengganu (Satu), operasi tidak stabil itu menyebabkan tekanan air rendah pada jajaran paip yang menyalurkan bekalan air di Tangki Utama Berangan, Kuala Nerus.

Pasukan teknikal Satu termasuk enam juruselam telah dikerah untuk mengesan punca masalah terbabit.

Kerja-kerja pengesanan pada jajaran paip di bawah dasar Sungai Terengganu berkenaan sedang giat dijalankan.

Kosmo! 13 Ogos lalu melaporkan krisis air melanda daerah ini dan Kuala Nerus selama 12 hari yang menjejaskan 27,800 isi rumah sejak 2 Ogos lalu.

Masalah gangguan bekalan air terburuk dalam sejarah di Terengganu itu disebabkan kebocoran pada jajaran paip utama yang terletak di dalam dasar Sungai Terengganu. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment