Oleh MOHD AZLI ADLAN
PEKERJAAN sebagai pemandu trak penunda menyebabkan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Sudin, 53, menyaksikan banyak kemalangan maut yang mengerikan.
Pantang mendapat maklumat kemalangan jalan raya, pasti dia antara individu terawal tiba di lokasi kejadian sekitar daerah Setiu dan Kuala Nerus, Terengganu.
Selepas lebih 20 tahun bekerja dalam bidang itu, membuatkan Sudin terbiasa dengan mayat mangsa kemalangan yang sebahagian menemui ajal dalam keadaan sadis dan ngeri.
Sesuai dengan karakternya yang ramah dan ringan tulang, dia sering mengutip sisa-sisa anggota badan mangsa kemalangan yang bertaburan di jalan raya bagi membantu anggota forensik Polis Diraja Malaysia.
Walaupun itu bukan tugas hakikinya, Sudin tetap melainkan secara sukarela tanpa rasa takut dan mual demi tanggungjawab sebagai seorang insan.
Begitupun, peristiwa sewaktu menguruskan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Permaisuri, Setiu lima tahun lalu telah mengubah perjalanan hidupnya Ceritanya, satu hari dia diarahkan untuk
membantu pemandu seorang pemandu kereta yang mengalami kerosakan setelah merempuh sebuah motosikal pada pukul 5.30 petang.
"Saya terus ke lokasi kejadian. Sebaik tiba, baru saya mengetahui kemalangan itu turut meragut nyawa dua remaja lelaki yang menaiki motosikal berkenaan.
"Keadaan mayat kedua-dua remaja yang bergelimpangan di jalan raya itu sangat ngeri derigan salah seorang daripada mereka putus kepala," katanya ketika ditemui Panorama baru-baru ini.
Sudin memberitahu, pemandu kereta terbabit yang tidak mengalami sebarang kecederaan tersebut bercerita, dia gagal mengelak lalu merempuh kedua-dua remaja itu yang secara tiba tiba terjatuh dari motosikal ke laluannya dari arah bertentangan.
Tambah bapa kepada empat anak itu lagi, seperti biasa, sebelum menjalankan tugasnya mengangkut kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut ke bengkel membaiki kenderaan, dia membantu mengutip sisa-sisa anggota badan mangsa berkenaan,
"Saya terus pulang selepas selesai tugasan itu. Sebaik tiba di rumah di Kuala Nerus, saya teruja berkongsi pengalaman menyaksikan kemalangan ngeri tersebut dengan isteri tercinta.
"Terkejut isteri saya mendengar berita kemalangan ngeri terbabit.
"Dia juga sebak kerana dua remaja lelaki yang terkorban dalam tragedi tersebut terlalu muda dan sebaya dengan salah seorang anak kami," ujarnya.
Tanpa disangka-sangka, malam itu bermulanya peristiwa mistik dan menakutkan yang tidak boleh dilupakan semua ahli keluarganya seumur hidup.
Sudin berkata, pada mulanya isterinya. mengadu tidak boleh melelapkan mata
walaupun mengantuk yang amat sangat. Ujarnya, ini menyebabkan emosi isterinya tidak stabil sebelum kelihatan agak murung selain wajahnya tiba-tiba bertukar pucat. seperti mayat.
"Sehari kemudian, isteri saya mula meracau dan menjerit ketakutan yang merisaukan saya dan anak-anak. Dia mendakwa diekori entiti yang berlumuran darah dan tidak berkepala," katanya.
Walaupun tidak nampak entiti yang didakwa isterinya, Sudin teringat kemalangan ngeri disaksikannya pada beberapa hari lalu.
Dia kemudian membawa isterinya berubat dengan seorang pengamal perubatan yang dicadangkan oleh seorang jirannya.
"Terkejut apabila dimaklumkan ustaz (pengamal perubatan Islam) itu, isteri saya terkena badi mayat. Katanya, ia merupakan penyakit mistik berkaitan jenazah yang menyerang individu lemah semangat.
"Sebelum ini, saya tidak percaya kepada perkara mistik dan tahyul, tetapi apabila terkena kepada ahli keluarga sendiri membuatkan saya tergamam," katanya.
Sudin memberitahu, isterinya berjaya dipulihkan selepas minum air penawar, ma air limau purut yang turut mengandung! beberapa bahan lain seperti lada hitam, sela mengamalkan ayat-ayat al-Quran kira-kira seminggu kemudian,
Sudin berkata, walaupun sukar untuk menjelaskan peristiwa isteri terkena badi mayat tersebut secara logik, ia membuatkan dia semakin berhati-hati sewaktu menjalankan tugas sebagai pemandu trak penunda pada masa depan.
No comments:
Post a Comment