Translate

Saturday, August 21, 2021

Air tiada, kerajaan negeri mohon maaf

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 28,700 keluarga di daerah ini dan Kuala Nerus yang terjejas sejak sembilan hari lalu perlu bersabar empat hari lagi sebelum bekalan air pulih sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa In frastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, kerja kerja baik pulih paip utama di dasar Sungai Terengganu yang sepatutnya siap semalam ter paksa dilanjutkan sehingga Sabtu ini.

Beliau berkata, kontraktor di lantik Syarikat Air Terengganu (Satu) mengalami kesukaran un tuk menyelesaikan baki kerja kerja pembaikan yang masih tinggal berikutan arus deras dan air keruh luar jangka. "Halangan tersebut menjejaskan penglihatan anggota pasu kan teknikal yang sedang sedaya upaya membaiki kerosakan.

"Sehubungan itu, saya mewakili kerajaan negeri Terenggganu memohon maaf kepada

pengguna yang terjejas dengan masalah gangguan air terburuk (di Terengganu) ini," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Satu di sini semalam.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah Satu, Burhanuddin Helmi Mohamed @ Harun.

Mamad berkata, penduduk di kedua-dua daerah terlibat di jangka mula menerima bekalan air semula secara berperingkat pada pukul 12 tengah malam, 14 Ogos ini.

Tambah beliau, sistem agihan bekalan air di semua 56 kawasan terlibat pula bakal pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah malam, 16 Ogos ini.

"Setakat ini, kontraktor di lantik Satu sedang melakukan kerja-kerja kimpalan memperkukuhkan struktur paip sehingga Jumaat ini," katanya.

Kosmo! Khamis lalu melapor kan paip utama yang terletak di dalam dasar Sungai Terengganu pecah sehingga menyebabkan gangguan bekalan air di 56 loka liti di daerah ini dan Kuala Nerus.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ah mad Samsuri Mokhtar kemudian mengumumkan pemberian air percuma kepada 28,700 pengguna terlibat selama dua bulan setelah kerja-kerja pembaikan selesai.

No comments:

Post a Comment