Translate

Monday, August 16, 2021

Pengusaha rumah bot Tasik Kenyir mula terima tempahan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Pengusaha rumah bot Tasik Kenyir yang kehilangan pendapatan selama hampir lima bulan ekoran penutupan sektor pelancongan kini sudah boleh mula tersenyum lebar.

Mereka mula menerima banyak tempahan perkhidmatan rumah bot dari seluruh Terengganu berikutan pengumuman pembukaan semula Tasik Kenyir mulai 1 September depan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir, Kamaruddin Razali berkata, pihaknya bukan sahaja menerima tempahan daripada kumpulan tertentu, malah jabatan kerajaan.

Beliau berkata, sebanyak 100 pengusaha rumah bot kini dalam keadaan siap sedia untuk kembali memberi perkhidmatan kepada pelancong terutama kaki pancing.

“Kami sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 semalam (kelmarin) dan rumah bot juga sudah disanitasi.

“Prosedur operasi standard (SOP) juga sedia dipatuhi termasuk mengehadkan bilangan pelancong di dalam sesebuah rumah bot bagi menjaga penjarakan fizikal,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Razali Idris memberitahu Tasik Kenyir bersedia menerima kehadiran pengunjung dalam kalangan individu lengkap dua dos vaksinasi di Terengganu mulai 1 September depan. -K! ONLINE

No comments:

Post a Comment