Translate

Tuesday, August 31, 2021

Ke tali gantung angkara telur penyu


 Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kematian seorang pemungut telur pe nyu akibat dipukul dengan kayu dan topi keledar ketika mahu meleraikan pergaduhan melibatkan telur penyu lima tahun lalu mendapat pembelaan semalam.

Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zainal Azman Ab. Aziz mendapati dua tertuduh iaitu Faizol Aznan Mu hamad, 40, dan Mohd. Riduan Ismail 32, bersalah membunuh mangsa, Razak Abdullah, 45.

Zainal Azman dalam penghakimannya berkata, beliau tidak mempunyai pilihan selain memerintahkan dua tertuduh yang juga bekerja sebagai pe mungut telur penyu dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, pihak pembelaan yang diwakili peguam, Ghazali Ismail dan Masliela Ismail gagal membuktikan keraguan munasabah bagi menyangkal bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor

Hilwani Mat Rifin.

Dua tertuduh itu didakwa membunuh Razak di tepi Pantai Geliga berhadapan Sekolah Ren- dah Sri Geliga, Chukai dekat sini pada pukul 7 pagi, 3 Jun 2016..

Mengikut fakta kes, Faizol Aznan bertengkar dengan pe mungut telur penyu dikenali se bagai Mohd. Shahrol Afsam ber hubung pembahagian kawasan penyu bertelur di pantai tersebut. 

Mohd. Shahrol yang menunggu penyu bertelur sejak pukul 9.30 malam, 2 Jun 2016 enggan membenarkan Faizul Aznan mengam bil sebahagian telur reptilia tersebut sedangkan lelaki itu baru tiba di lokasi berkenaan.

Razak kemudiannya cuba meleraikan pertengkaran itu menyebabkan tertuduh berang lalu memukul muka mangsa dengan menggunakan sebatang kayu.

Faizol Aznan terus memukul kepala mangsa secara bertubi- tubi sebelum tertuduh kedua Mohd. Riduan masuk campur dan menghentak muka lelaki itu dengan topi keledar berwar merah.

Pemungut telur penyu lain yang berada di lokasi kejadian termasuk Mohd. Shahrol Afsan lari menyelamatkan diri apabila diancam tertuduh pertama.

Mayat Razak yang hanya memakai seluar jeans ditemui ter dampar dalam keadaan terlangkup di kawasan pantai tersebut.

Mohd. Shahrol kemudian mengambil keputusan memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui sebatang kayu dan topi keledar yang dipercayal digunakan dalam kes pembunuhan tersebut.

No comments:

Post a Comment