Oleh MOHD AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Al-Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir, 86, dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah Terengganu pada tahun ini.
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad berkata, anugerah tersebut sebagai menghargai sumbangan Al-Sheikh Abdul Halim terhadap perkembangan syiar Islam di negeri tersebut dan negara termasuk sewaktu menjawat jawatan sebagai Mutfi Terengganu pada tahun 2000 hingga 2004.
Beliau berkata, Tokoh Maal Hijrah Terengganu 2021 yang berasal dari Jerteh, Besut berkenaan dianugerahi hadiah wang tunai RM20,000, piala iringan, sijil penghargaan dan persalinan.
“Abd. Wahab Muhammad, 7, yang merupakan Imam Masjid Kampung Rawai, Marang sejak tahun 1964 pula dinobat sebagai Tokoh Imam Cemerlang.
“Anugerah Tokoh Bilal Cemerlang pula diberikan kepada Mohd Puteh, 67, dari Masjid Kampung Pecah Rotan, Kuala Nerus,” katanya pada majlis pelancaran sambutan Maal Hijrah peringkat Terengganu di sini malam tadi.
Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dilangsungkan secara online sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sementara itu, Al-Sheikh Abdul Halim yang memberikan upacara menerusi persidangan video bersyukur dengan pengiktirafan tersebut dan segala kerjanya dakwahnya selama ini semata-mata demi keredaan Allah. – K! ONLINE
No comments:
Post a Comment