Translate

Monday, August 30, 2021

Penghantar makanan OKU maut kemalangan

 KUALA NERUS Seorang remaja lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori pekak dan bisu yang bekerja sebagai penghantar makanan maut dalam kemalangan di Jalan Tengku Mizan ber hampiran Kampung Tebauk di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.05 tengah hari itu, mangsa, Nik Muhammad Haikal Nik Zulkifli, 18, yang berasal dari Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu me ninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Sewaktu kejadian, Nik Mu hammad Haikal dipercayai dalam perjalanan ke pusat bandar raya selepas menghantar pesanan di Batu Enam di sini.

Sebaik tiba di lokasi kejadian yang merupakan lokasi berselekoh, motosikal Yamaha NVX V2 155 ditunggang mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan.

Mangsa kemudian tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta Pero dua Kancil dipandu seorang lelaki berusia 30-an yang gagal mengelak.

Abang mangsa, Nik Muhammad Hakim, 28, berkata, adiknya yang merupakan anak kelapan dari sembilan beradik mengikut jejak langkahnya menjadi peng hantar makanan sejak lebih setahun lalu.

"Saya perhatikan dia rajin luar biasa bekerja (sebagai penghan tar makanan) sejak beberapa hari lalu.

"Biasanya, dia akan memulakan trip harian menghantar ma kanan paling awal pada pukul 10 pagi tetapi sejak akhir-akhir ini, pukul 7 pagi dia sudah keluar ru mah untuk bekerja," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat Nik Muhamad Haikal telah dihantar ke Unit Fo rensik Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu untuk proses bedah siasat.

No comments:

Post a Comment