Translate

Monday, August 30, 2021

Sasar jadi destinasi pelancongan rendah risiko

 

KERAJAAN Negeri Terengganu telah merangka Pelan Pemulihan Pelancongan (PPP) bagi memastikan industri kedua terpenting di negeri tersebut kembali ke landasan mulai tahun hadapan

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pelan pemulihan itu bertujuan memastikan Terengganu menjadi destinasi pelancongan yang selamat dikunjungi dan rendah risiko penularan Covid-19.

Program Outreach Vaksinasi Sektor Pelancongan melibatkan 5,000 penggiat pelancongan tempatan ini merupakan langkah awal bagi menjayakan pelan pemulihan berkenaan.

"Kita perlu membentuk imuniti kelompok dalam kalangan golongan tersebut dengan segera bagi mempercepat pembukaan semala sektor pelancongan secara selamat," katanya kepada K2.

Ariffin berkata, rangkatan pulau peranginan menjadi tumpuan program vaksinasi berdasarkan sambutan hangat pelancong sewaktu pembukaan singkat sektor singk sektor pelancongan domestik pada Julai hingga September tahun lalu.

Jelas beliau, seramai 72 peratus pelancong yang mengunjungi Terengganu sepanjang tempoh tiga bulan tersebut memilih untuk bercuti di pulau dalam negeri.

"Justeru, sebaik sektor pelancongan dibuka semula bulan depan, kita akan beralih ke fasa kedua PPP iaitu memberi sokongan kepada penggiat pelancongan Bantuan terdiri daripada insentif kewangan dan bukan kewangan bagi membantu penggiat pelancongan kembali bangkit semula setelah lama tidak beroperasi," katanya.

Tambahnya, fasa ketiga pula memberi tumpuan untuk merangsang permintaan produk pelancongan di Terengganu menggunakan teknologi digital.

No comments:

Post a Comment