Translate

Monday, August 9, 2021

Anggota Rela didakwa cuba membunuh

 


Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang didakwa tuduhan membunuh bekas Ketua MCA Bahagian Marang dihadapkan atas satu lagi pertuduhan cubaan menbunuh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Ong Chow Lee, 57, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Begitupun, pengakuan tersebut tidak direkodkan memandangkan Chow Lee dihadapkan kes membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa cuba membunuh Teo Hock Beng, 45, di sebuah bangsal di belakang sebuah tokong di Taman Jaya, Wakaf Tapai di sini pada pukul 1.55 tengah hari, 23 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kosmo! semalam melaporkan Chow Lee dihadapkan atas tuduhan membunuh Ketua MCA Bahagian Marang, Fong Swee Fuan di Mahkamah Majistret Marang.

Tertuduh didakwa menembak Swee Fuan dan Hock Beng yang merupakan anak saudara  bekas Ketua MCA Bahagian Marang tersebut dengan selaras senapang patah milik Rela. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment