Translate

Monday, August 9, 2021

Jurukimpal didakwa edar, miliki dadah

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Seorang jurukimpal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah methamphetamine pada minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh, Mohamad Azmanuddin Embong, 23, sekadar mengangguk faham sebaik pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 119.03 gram di sebuah premis mencuci kenderaan di daerah ini pada pukul 12.35 malam, 29 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 sebatan kalau tidak dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Azmanuddi didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan seberat 16.9 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua tahun dan lima tahun dan tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

Engku Nurul Ain menetapkan sebutan semula kes pada 12 Oktober depan. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment