Oleh MOHD. AZLI ADLAN, ROSALWANI CHE SOH, MUHAMMAD FAIZAL HASHIM, OTHMAN YAHAYA dan NOR SHAFAWATI YUP
PETALING JAYA - Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak lebih setahun lalu bukan hanya mengorbankan nyawa dan menjejaskan sektor kesihatan, malah turut meninggalkan kesan besar kepada kehidupan rakyat.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, kesengsaraan yang dirasai semakin bertambah apabila mereka kehilangan punca rezeki selain terpaksa mengikat perut demi kelangsungan hidup.
Tamparan paling perit dirasai oleh golongan miskin dan rentan apabila mereka tidak mempunyai wang simpanan selain ke hilangan pekerjaan tetap untuk menanggung ahli keluarga terutama yang menderita sakit.
Di Kuala Terengganu, Terengganu, seorang wanita, Sharifah Akmarina Syed All, 44, mengakui hidupnya kini bagaikan kais pagi makan pagi, kas petang makan petang terutama ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut ibu kepada lapan orang anak itu, dia kehilangan sumber pendapatan apabila tidak boleh berniaga pakaian di pasar malam.
Tambah memeritkan, suaminya, Syed Anuar Tuan Baseng, 49, yang selama ini menanggung keluarga kini terlantar sakit akibat serangan strok sejak pertengahan Mei lalu.
"Kini kami bergantung harap kepada anak sulung. Syed Muhammad Firdaus, 22, yang be kerja sebagai tukang gunting rambut.
"Bagaimanapun, pendapatannya tidak seberapa untuk menanggung kami 10 beranak selain kos perubatan suami saya yang agak tinggi," katanya.
Sharifah Akmarina berkata, mereka sekeluarga yang menetap di Kampung Teluk Pasu, Manir di sini juga terpaksa meng harapkan Ihsan pihak lain termasuk Jabatan Pembangunan Kemajuan Kampung (PKK) dan bantuan kerajaan.
Di Tanah Merah, Kelantan, sepasang suami isteri di Kampung Alor Pasir di sini terpaksa menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan milik anak kedua mereka yang sakit selepas hilang punca pendapatan lebih dua bulan lalu.
Mohamad Firdaus Abdullah, 29, dan isteri, Che Siti Noor Azreen Che Ishak, 26, berkata, mereka tidak mempunyai pilihan apabila pokok getah yang selama ini menjadi sumber pendapatan keluarga telah ditebang oleh majikannya.
Menurut Che Siti Noor Azreen, suaminya sudah berusaha un tuk mencari pelbagai pekerjaan, namun masih belum diberikan rezeki sehingga kini.
"Kami rasa bersalah kerana menggunakan wang bantuan anak, Nur Qhayla Rania, 5, yang menghidap penyakit lebihan air dalam kepala. Tetapi, kami tiada pilihan lain kerana perlu untuk membeli makanan.
"Sebelum pelaksanaan PKP, suami hanya memperoleh pen- dapatan sebanyak RM400 sebulan dan wang itu kami gunakan sebaiknya untuk perbelanjaan harian," katanya.
Di Johor Bahru, Johor, seorang pemandu lori, A. Pathmanathan, 50, kehilangan punca pendapatan akibat serangan jantung dan masalah buah pinggang sejak bulan Mac lalu.
Lebih menyedihkan, pada bulan yang sama juga, dia dinasihatkan oleh doktor agar tidak melakukan kerja berat apatah lagi meneruskan pekerjaan sebagai pemandu lori disebabkan keadaan kesihatan dan fizikalnya yang tidak mengizinkan.
Menurut Pathmanathan, dia mengalami masalah buah pinggang yang kronik sejak tahun lalu, namun memilih untuk menangguhkan bagi melakukan rawatan dialisis memandangkan tidak mempunyal wang yarg mencukupi.
"Memandangkan keadaan kesihatan yang makin merosot dan perlu menjalani rawatan dialisis, doktor memberitahu bahawa saya sudah tidak mampu untuk kembali bekerja seperti biasa," katanya.
Pathmanathan berkata, wang simpanannya semakin berkuran gan ekoran perlu menampung bayaran 14 sesi rawatan dialisis sebulan di Pusat Dialisis Pelangi di sini sejak Mei lalu dengan kos RM220 bagi setiap satu sesi.
Jelasnya, dia tidak mempunyai sumber kewangan lain memandangkan isterinya, P. Kanagambigai, 41, yang mengalami masalah penglihatan juga tidak bekerja.
No comments:
Post a Comment