Translate

Monday, August 9, 2021

Anggota Rela didakwa bunuh bekas Ketua MCA Bahagian Marang

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bekas Ketua MCA Bahagian Marang pada dua minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh, Ong Chow Lee, 57, sekadar mengangguk faham sebaik pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Fong Swee Fuan, 65, di sebuah bangsal di bekalang sebuah tokong di Taman Jaya, Wakaf Tapai di sini pada pukul 1.55 petang, 23 Julai lalu.

Chow Lee didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kosmo! 24 Julai lalu melaporkan tertuduh turut menembak Swee Fuan dan Hock Beng  dengan selaras senapang patah milik Rela.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati tertuduh telah bertengkar dan saling cabar-mencabar sebelum lelaki itu itu pulang mengambil selaras senapang patah milik Rela di rumahnya sebelum menembak kedua-dua mangsa.

Dia kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda sebelum berjaya ditahan polis di Durian Mentangau, Dungun tidak lama kemudian. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment