Translate

Saturday, June 15, 2019

Terengganu lubuk kenderaan klon

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menyita 307 buah kenderaan klon termasuk dua jenis Mini Cooper dan Honda Jazz yang berjaya dikesan pada Ops Hari Raya Aidilfitri pada minggu lalu.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, kesemuanya berjaya disita sejak tahun 2015 sekali gus menjadikan Terengganu antara negeri utama lubuk kenderaan klon di negara ini.

“Kebanyakan kenderaan klon ini jenis mewah yang dibawa masuk dari  Singapura dan Thailand dengan nombor pendaftaran palsu yang mirip de­ngan casis enjin model sama terdapat di negara ini.

“Kebanyakan pengguna kende­raan yang disita mendakwa terpengaruh dengan harga murah ditawarkan sindiket tanpa mengetahui ia sebenarnya adalah klon,” katanya pada sidang akhbar di pejabat JPJ Terengganu di sini semalam.

Zukarnain berkata, siasatan yang dilakukan mendapati sindiket penjualan kenderaan klon kebanyakannya didalangi ejen kenderaan terpakai, malah ada yang berani mempromosikannya di media sosial termasuk Facebook.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna agar merujuk kepada JPJ terlebih dahulu sebelum membeli kenderaan terpakai terutamanya jenis mewah yang dijual pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Dalam perkembangan sama, Zulkaranin memberitahu, sebahagian besar kenderaan klon terbabit yang telah dilucut hak oleh mahkamah dan nombor casis enjin yang tidak dikacau ganggu akan dibuka untuk lelongan awam sebanyak dua kali setahun.

Zulkarnain berkata, setakat ini sebanyak 53 buku lelongan awam berharga RM70 setiap satu dijual sejak tawaran dibuka mulai kelmarin.

No comments:

Post a Comment