Translate

Tuesday, June 18, 2019

Didenda RM100,000 kendali spa tanpa daftar

KUALA TERENGGANU – Seorang pengusaha premis kecantikan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah menawarkan rawatan perubatan kecantikan dan spa tanpa pendaftaran sah di Du­ngun dua tahun lalu.

Difahamkan, ia kes pertama di Terengganu dan keempat di negara ini melibatkan pusat spa dan kecantikan dikenakan tindakan undang-undang kerana menawarkan perkhidmatan tanpa berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu terhadap Farabi Ahmad Mohd. Amin @ Che Min, 31, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. OKS membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Farabi Ahmad didakwa menyediakan klinik perubatan swasta berupa amalan perubatan estetik tanpa pendaftaran sah mengikut peruntukan Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Kesalahan itu dilakukan selepas pasukan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melakukan operasi di Raisya Medispa di Jalan Besar Sura Gate, Dungun pada pukul 11.15 pagi, 13 April 2017.

Mengikut fakta kes, semasa serbuan pihak berkuasa me­nemui picagari dan ubat-ubatan yang dipercayai digunakan untuk amalan perubatan estetik di dalam premis itu.

Pusat kecantikan itu juga disahkan tidak didaftarkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Semakan dengan Majlis Perubatan Malaysia turut mendapati Farabi Ahmad bukan pengamal perubatan berdaftar dengan tidak pernah memiliki Sijil Amalan Tahunan.

No comments:

Post a Comment