Translate

Friday, June 14, 2019

Mekanik pukul isteri kerana duit raya dipenjara setahun

KUALA TERENGGANU – Perbuatan ganas seorang mekanik mencederakan isterinya hanya kerana tidak diberi duit raya anak berjumlah RM10 pada 2 Syawal lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim memerintahkan demikian selepas tertuduh, Abdul Hafiz Man, 32, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, Abdul Hafiz didakwa mencederakan isterinya, Nazirah Mat Noor, 31, di rumah mereka di Kampung Titian Kulat, Gong Pak Damat, Kuala Nerus pada pukul 12 tengah hari, 6 Jun lalu.
Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa memukul isterinya dengan papan selaju sehingga menyebabkan wanita tersebut mengalami kecederaan di kepala.

Nazirah turut dilemparkan sebuah kereta mainan oleh Abdul Hafiz yang kemudiannya telah mengenai dahinya.

Abdul Hafiz didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dendan maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kosmo! Isnin lalu melaporkan isteri mekanik itu dicederakan suaminya ketika cuba menghalang tertuduh apabila memukul anak lelaki mereka yang berusia 11 tahun kerana enggan memberikan duit raya sebanyak RM10 kepadanya untuk membeli kad tambah nilai prabayar.

No comments:

Post a Comment