Translate

Monday, June 3, 2019

APM tahan lapan bot nelayan Vietnam, nilai rampasan RM10.5 juta

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan lapan buah lagi bot nelayan Vietnam yang disyaki mencerobohi perairan Kelantan dan Terengganu untuk menangkap ikan secara haram melibatkan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM10.5 juta.

Kesemua bot nelayan asing terbabit ditahan kapal maritim, KM Pekan dan kapal diraja, KD Handalan milik Tentera Laut Diraja Malaysia yang sedang melakukan rondaan di perairan berkenaan sempena Ops. Naga dalam tempoh empat hari sehingga semalam.

Pengarah Maritim Pahang, Datuk Zulkarnain Mohd. Omar berkata, seramai 63 nelayan warga Vietnam berusia dalam lingkungan 18 hingga 57 tahun turut berjaya ditahan dalam operasi bersepadu berkenaan.

"Enam bot nelayan Vietnam terawal ditahan KM Pekan sewaktu berada dalam kedudukan antara 110 hingga 130 batu nautika dari muara Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan antara pukul 10 pagi hingga 1.50 petang, Sabtu lalu.

"Sebuah lagi bot nelayan Vietnam yang disyaki menceroboh perairan negara pula ditahan KD Handalan pada jarak 100 batu nautika dari Kuala Terengganu dekat sini pada Ahad lalu.


"Bot Maritim Penyelamat Tujuh pula berjaya menahan sebuah bot nelayan dari negara sama pada kedudukan 39 batu nautika dari muara Tok Bali pada pukul 7.30 malam semalam," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Terengganu di sini semalam. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment