Translate

Sunday, June 9, 2019

Golden Pharos untung RM0.3 juta

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Golden Pharos Berhad (Golden Pharos) yang merupakan syarikat pembalakan milik kerajaan negeri Terengganu mencatatkan prestasi positif apabila memperolehi keuntungan sebelum cukai RM0.3 juta pada suku pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Golden Pharos, Datuk Ahmad Nadzarudin Abdul Razak berkata, ia merupakan keuntungan kali kelapan yang dicatatkan syarikat itu sejak suku ketiga 2017.

"Keuntungan sebelum cukai sebanyak RM0.3 juta pada suku pertama tahun ini yang berakhir 31 Mac lalu merupakan peningkatan berbanding RM0.17 juta yang diraih pada suku tahun sebelumnya (suku keempat tahun 2018).

"Ia merupakan indikator positif menunjukkan Golden Pharos berjaya keluar daripada kerugian yang dialami selama beberapa tahun sebelum suku ketiga tahun 2017," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Nadzarudin berkata, Golden Pharos juga telah merekodkan pendapatan sebanyak RM15.65 juta pada suku pertama tahun ini dan beliau optimis syarikat tersebut mampu memperolehi prestasi lebih baik selepas ini.


Menurut beliau, ia berikutan Golden Pharos menyasarkan peningkatan pengeluaran balak berikutan kelulusan enam lesen pada suku pertama tahun ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment