Translate

Sunday, June 2, 2019

Malaysia fokus menjadi negara keusahawanan

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Persekutuan akan memberi lebih fokus kepada sektor keusahawanan untuk mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi.
Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, formula untuk menjadi negara keusahawanan tersebut dirangka dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri.

"Kita tidak mahu rakyat terlalu bergantung dengan bantuan kewangan secara langsung daripada kerajaan.

"Dalam mesyuarat tadi nampaknya kerajaan negeri (Terengganu) telah memberi maklum balas (positif) yang lebih untuk 'memberi kail daripada ikan' (kepada rakyat)," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Terengganu Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Mohd. Redzuan yang juga Pengerusi MTN Terengganu berkata, antara sektor keusahawanan yang sedang diberi tumpuan bagi meningkatkan pendapatan rakyat berkenaan ialah pertanian fertigasi.


Sehubungan itu, beliau memberitahu kerajaan Persekutuan merancang untuk mewujudkan sebuah dana spesifik untuk pembangunan insfrastruktur pertanian. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment