Translate

Monday, July 3, 2017

Wanita baru tiga bulan jadi isteri rentung di rumah mertua

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita yang baru tiga bulan mendirikan rumah tangga mati  rentung selepas rumah mertuanya musnah dalam kebakaran di Kampung Kepong di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang, Siti Nor Munirah Abu Bakar, 31, gagal menyelamatkan diri selepas terperangkap di salah sebuah bilik di tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan.

Ibu mertua mangsa, Minah Endut, 62, berkata, Siti Nor Munirah yang berkahwin dengan anaknya, Abdul Mukmin, 35, pada bulan Mac lalu baru melangsungkan kenduri menyam­but menantu di rumahnya pada Rabu lalu.

Turut berada di rumah tersebut ketika kejadian ialah anak lelaki Minah iaitu Abdul Mukhlis, 27. Abdul Mukhlis semasa itu berada di tingkat bawah.

Menurutnya, suami Siti Nor Munirah iaitu Abdul Mukmin pula tiada di rumah kerana sedang bekerja di bengkel membaiki perabot.

Kata Minah, Abdul Mukhlis yang sempat menyelamatkan diri cedera di tapak kaki akibat terpijak kaca.
Abdul Mukhlis kemudian memaklumkan kebakaran itu kepada abangnya, Abdul Mukmin dan mereka cuba untuk memadamkan kebakaran dengan alat pemadam api tetapi gagal.

“Api terlalu marak. Anggota bomba menemui mayat menantu perempuan saya berhampiran  tangga rumah yang hangus terbakar.

“Dia baru tiga bulan menjadi menantu saya, kenduri sambut menantu pula baru empat hari berlangsung,” katanya sedih.

No comments:

Post a Comment