Translate

Saturday, July 15, 2017

Pelajar kolej mati lemas di Lata Tembakah

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

BESUT - Kegembiraan seramai 16 pelajar Kolej Teknologi dan Kemahiran Astonia berkelah di Lata Tembakah, Jerteh dekat sini berakhir dengan tragedi selepas salah seorang daripada mereka maut akibat lemas hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 12.25 tengah hari itu, rombongan kolej berkenaan yang terletak di Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan tersebut cemas apabila salah seorang pelajar kolej berkenaan, Mohammad Nurhaqkim Rostam, 17, tiba-tiba hanyut dibawa arus deras kawasan air terjun terbabit ketika sedang mandi-manda bersama-sama mereka.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh, Mustafa Ismail berkata, seorang guru yang mengiring rombongan perkelahan tersebut dan beberapa rakan mangsa cuba membantu namun tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan arus kawasan air terjun tersebut yang terlalu deras.
"Seramai lima anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada rakan mangsa kira-kira 10 minit kemudian.
"Anggota bomba yang menyertai operasi dan menyelamat berjaya menjumpai mayat mangsa tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan hilang. Mayat remaja tersebut ditemui di dasar kawasan air terjun terbabit yang sedalam kira-kira 3.67 meter pada pukul 1.35 petang," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE 

No comments:

Post a Comment