Translate

Friday, July 7, 2017

Pelatih industri maut, motosikal terbabas rempuh pembahagi jalan

KEMAMAN - Seorang pelajar Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) muat selepas motosikal, Yamaha FZ 150 yang ditungganginya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer 297.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kijal di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7.10 petang itu, Syahiram Hanis Mohamad, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, Syahiram Hanis yang sedang menjalani latihan industri dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Felda Seberang Tayor di sini dari sebuah syarikat penapisan minyak di Paka, Dungun.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha FZ 150 yang ditunggangi mangsa tiba-tiba hilang kawalan sehingga merempuh pembahagi jalan di tengah lebuh raya terbabit.
"Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak sejauh beberapa meter dan mengalami kecederaan parah yang menyebabkan kematiannya," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment