Translate

Saturday, July 15, 2017

Terengganu belasah Perlis 4-0

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Terengganu melonjak ke tangga kedua liga selepas membelasah Perlis 4-0 pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.
Tandukan Gabriel Davis Dos Santos selepas perancang import itu menerima hantaran sepakan percuma Mohd. Faiz Mohd. Nasir meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-26.
Skuad Penyu menambah gol kedua menerusi penyerang import, Tchetche Kipre pada minit ke-43.
Tambah manis gol menerusi rembatan padu selepas menerima hantaran Issey Farran Nakajima tersebut merupakan jaringan sulung Kipre sejak dia menyertai Terengganu pada musim jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bulan lalu.
Kapten Terengganu, Lazaro Alves menambah luka Perlis yang kini terperosok di tangga ke-10 liga apabila rembatan kencangnya menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd. Jibril Kamaron Baharin buat kali ketiga pada minit ke-48.
Pemain gantian, Mohd. Ridzuan Abdunloh Pula mengakhiri pesta skuad Penyu dengan gol keempat pada minit ke-79.
Terengganu kini mengutip 34 mata dan hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Kuala Lumpur. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment