Translate

Monday, July 10, 2017

22 jam keluarkan mangsa melecur dari kawasan perkhemahan Lata Langsir, Dungun

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang peserta perkhemahan yang melecur pada bahagian muka, tangan dan kakinya akibat terkena letupan dapur gas mudah alih terpaksa menanggung kesakitan hampir 22 jam sebelum dapat dibawa turun dari Lata Langsir terletak di Gunung Berembun, Dungun hari ini.
Saiful Akmal Othman, 34, yang merupakan seorang peniaga mengalami kecederaan itu sewaktu berkhemah bersama 52 peserta lain terdiri daripada 39 lelaki, sembilan orang perempuan dan empat malim gunung di tapak perkhemahan terbabit yang terletak kira-kira 800 meter dari paras laut.
Rombongan ekspedisi peserta dari seluruh negara itu difahamkan telah tiba di tapak perkhemahan terbabit pada kelmarin dan mengikut jadual asal, mereka akan menuruni kaki gunung semula pada hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Sharikan Bustaman berkata, mangsa yang berasal dari Penaga, Pulau Pinang dikatakan telah terkena letupan terbabit sewaktu menyalakan dapur gas mudah alih tersebut di dalam khemahnya pada pukul 4 petang semalam.
"Letupan yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas memasak mudah alih terbabit telah menyebabkan keseluruhan mukanya terbakar kira-kira 80 peratus sementara sebahagian tangan dan kakinya sedikit melecur.
"Kejadian itu hanya dapat dimaklumkan kepada pihak kami pada pukul 4.40 petang akibat kesukaran mendapat liputan telekomunikasi di kawasan perkhemahan terbabit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau ditemui ketika memantau operasi mencari dan menyelamat Saiful Akmal dengan helikopter yang mendarat di padang Ibu Polis Daerah Kuala Terengganu di sini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment