Translate

Thursday, July 13, 2017

Pantai Batu Buruk diwarta kawasan larangan merokok

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Pantai Batu Buruk di sini yang terkenal sebagai lokasi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong beriadah menjadi pantai peranginan pertama di negara ini yang digazetkan sebagai kawasan larangan merokok berkuatkuasa 1 Julai lalu.
Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Mohammad Omar berkata, pewartaan kawasan larangan merokok itu bukan sahaja melibatkan kawasan pantai malah sebahagian besar premis sekitarnya yang terletak di Jalan Haji Busu, Jalan Persinggahan dan Jalan Kelab Kerajaan seluas kira-kira 49 hektar.
"Ia termasuk Masjid Al-Muktafi Billah Shah, stadium hoki, kolam renang, Taman Rekreasi Batu Burok, Hospital Sultanah Nur Zahirah, padang boling padang, pentas budaya, taman permainan kanak-kanak dan semua premis perniagaan dan medan selera serta gerai makanan.
"Pewartaan tersebut merupakan sebahagian inisiatif Terengganu Bebas Rokok yang bertujuan melindungi kepentingan orang awam daripada bahaya asap rokok," katanya sewaktu merasmikan penggazetan Pantai Batu Buruk sebagai kawasan larangan merokok di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail dan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd. Rafar. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment