Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas Amir Khairi Hirman Mansor, 22, yang berasal dari Kampung Padang Ujid, Manir dekat sini membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Mohamad Haldar turut mengarahkan agar Amir Khairi Hirman yang bekerja sendiri menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan sekiranya lelaki itu gagal melunaskan denda.
Tertuduh yang tidak diwakili peguambela membayar denda berkenaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Amir Khairi Hirman didakwa cuba memberi suapan sebanyak RM1,000 kepada seorang anggota polis dari Bahagian Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Manir dekat sini pada pukul 2.55 petang, 10 Februari lalu.
Tertuduh didakwa berbuat demikian sebagai dorongan untuk melepaskan dirinya selepas ditahan polis dan ujian saringan urinnya juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment