Translate

Wednesday, July 5, 2017

PKNP FC tumbangkan T-Team

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - PKNP FC mencipta kejutan apabila menumbangkan pasukan Liga Super, T-Team 2-1 pada aksi sulung Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam ini.

Kapten PKNP FC, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi muncul wira apabola meledak kedua-dua gol pelawat pada minit ke-22 dan 51.

Gol pertama kelab yang berpengkalan di Ipoh, Perak itu berpunca daripada rembatan kencang penyerang tersebut dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Mohd. Hafidz Romly.

Penyerang T-Team, Mahamadou Samassa meredakan keresahan sebentar penyokong tuan rumah apabila menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-51.

Begitupun, PKNP FC kembali di depan seminit kemudian menerusi tendangan lencong Muhamamad Shahrel Fikri yang menerjah penjuru kiri gawang T-Team.

Terdahulu, tuan rumah menerusi duo import,  Samassa dan Joseph Yannick mensia-siakan banyak peluang terhidang pada separuh masa pertama.

No comments:

Post a Comment