KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang baru tiga bulan mendirikan rumah tangga mati dalam keadaan rentung selepas rumah mertuanya musnah dalam kebakaran Kampung Kepong di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, Siti Nor Munirah Abu Bakar, 31, gagal menyelamatkan diri selepas terperangkap di salah sebuah bilik di tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan.
Ibu mertua mangsa, Minah Endut, 62, berkata, Siti Nor Munirah yang berkahwin dengan anaknya, Abdul Mukmin, 35, pada bulan Mac lalu baru melangsungkan kenduri menyambut menantu di rumahnya pada Rabu lalu.
"Sewaktu kejadian, hanya dua orang di dalam rumah iaitu anak lelaki saya, Abdul Mukhlis, 27, yang berada di tingkat bawah manakala menantu perempuan saya (Siti Nor Munirah) di bilik tingkat atas.
"Suami Siti Nor Munirah (Abdul Mukmin) pula sedang bekerja di bengkel membaiki perabot berhampiran manakala saya pula sedang membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya besar di bandar raya ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment